picture

News

 

Sungai Kuching tampil 50 gerai makanan

Posted on 29 Oct 2023
Source of News: Media Permata

KUCHING, 27 OKT – Sempena Sarawak Regatta-Kuching Waterfront Festival 2023 yang bermula hari ini, pengunjung tempatan dan luar berpeluang untuk menikmati pelbagai jenis makanan tempatan yang boleh didapati di Sarawak Kitchen dan Gerai Jualan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), di perkarangan Tebingan Sungai Kuching mulai hari ini sehingga 5 November depan.

Timbalan Premier yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (Mintred), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata 50 buah gerai dibuka bagi menampilkan kepelbagaian pilihan kepada pengunjung festival.

Beliau berkata program jualan seperti ini juga membolehkan usahawan kecil dan sederhana di Sarawak mempromosikan produk jualan mereka dengan lebih luas.

“Tahun lepas kita buka di tapak yang sama, hasil jualan mencecahkan RM1 juta dan tahun ini mungkin sasarannya akan melebihi jumlah jualan tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas melawat ke gerai-gerai jualan sempena majlis pra perasmian di sini.

Mintred dalam kenyataan memaklumkan semua gerai itu beroperasi seawal 8:30 pagi hingga 11 malam dan selain jualan produk makanan serta minuman, turut dijual adalah pelbagai produk makanan kering, produk kesihatan dan juga produk kecantikan.

“Bagi tarikan pengunjung, pelbagai aktiviti akan diadakan di pentas Sarawak Kitchen antaranya pertandingan karaoke, pertunjukan fesyen kanak-kanak, pertandingan makan buah, kempen makan buah, kuiz, cabutan kupon bertuah, pertandingan mengupas dang, demo dan praktikal solekan, demo masakan dan mini science show oleh PETRONAS,” menurut kenyataan itu. – Bernama




Pautan Asal berita: https://mediapermata.com.bn/sungai-kuching-tampil-50-gerai-makanan/